Untuk seller TikTok Shop, Shopee dan event

Jualan nampak banyak, tapi untung ke tidak?

Excel ni kira untung sebenar bisnes kecil anda selepas stok, yuran platform, iklan dan gaji. Anda isi kotak kuning, yang lain dia kira sendiri.

Contoh nombor rekaan: TikTok Shop jual RM1,484 tetapi rugi RM222 selepas yuran, kos barang, iklan dan host
Contoh dengan nombor rekaan: TikTok Shop jual RM1,484, tapi lepas yuran, stok, iklan dan host, rugi RM222. Tekan untuk zoom.

RM79 bayar sekali, tiada langganan

Dapatkan untuk RM79

Kad, FPX atau GrabPay. Muat turun terus lepas bayar.

Apa yang anda akan nampak

Apa dalam fail ni

Anda dapat 2 salinan: satu dengan nombor contoh untuk tengok cara guna, satu kosong untuk rekod sendiri. Gambar di bawah semua nombor rekaan.

  1. Untung Bulanan, contoh: jualan, yuran, kos barang, belanja dan untung bersih setiap bulan Untung Bulanan Jualan, yuran, kos barang, belanja dan untung bersih. Terisi sendiri.
  2. Tab Jualan, contoh: tarikh, saluran, produk, qty dan untung kasar setiap jualan Jualan Pilih saluran dan produk, taip qty. Yuran dan untung kasar kira sendiri.
  3. Tab Produk, contoh: kos, harga jual, baki stok dan margin setiap produk Produk & stok Kos, harga jual, baki stok, nilai stok dan margin setiap produk.
  4. Tab Belanja, contoh: iklan, host, tapak bazar dan pembungkusan Belanja Iklan, gaji host, pos, sewa. Tanda kalau bayar guna akaun peribadi.
  5. Mula Sini, contoh: ringkasan jualan, untung bersih, nilai stok dan carta bulanan Ringkasan & invois Semua nombor penting di satu tempat, dengan invois yang boleh dicetak.

Pilih yang sesuai

Beli RM79 dulu pun boleh. Nak naik taraf nanti, cuma bayar beza RM71.

Dapatkan Plus untuk RM150

Soalan

Kena pandai Excel ke?

Tak perlu. Isi kotak kuning je. Formula dikunci supaya tak terpadam, dan ada salinan contoh untuk rujukan.

Boleh guna kat telefon atau Google Sheets?

Boleh guna dalam Excel 2016 ke atas atau Google Sheets. Untuk Sheets: buka sheet kosong, File, Import, Upload, pilih "Replace spreadsheet". Setup paling senang di laptop.

Boleh guna untuk hantar cukai atau akaun rasmi?

Ni alat rekod untuk faham bisnes anda, bukan nasihat cukai atau penyata rasmi. Untuk cukai, rujuk ejen cukai anda.

Kadar yuran TikTok dan Shopee dah ada?

Anda salin sendiri kadar terkini dari Seller Centre, sebab kadar selalu berubah dan berbeza ikut kategori.

Siapa buat ni?

Saya Aiman, ayah dengan 7 tahun pengalaman dalam kewangan. Saya kongsi tips duit di @aimanarifmh di Threads. Ada masalah? Email [email protected].

RM79, bayar sekali

Dapatkan untuk RM79

Untuk kegunaan bisnes anda sendiri. Muat turun terus.